S1 Mengapakah saya perlu menderma darah? J: Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia. Sumbangan anda mungkin menyelamatkan nyawa. S2 Adakah saya layak untuk menderma darah? J: Ya. Jika anda berumur 17 tahun ke atas (pengesahan umur diperlukan) dan mempunyai berat badan melebihi 45kg. Pada amnya, pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan berdasarkan laporan perubatan. Sekiranya anda mengambil sebarang ubat, sila beritahu sebelum menderma darah. S3 Adakah saya cukup sihat untuk menderma darah? J: Anda harus cukup sihat jika menderma darah. Kesihatan dan keselamatan anda amat penting bagi kami. Anda akan diminta untuk mengisi borang persetujuan menderma darah di mana sejarah perubatan anda akan disoal. Tekanan darah dan setitik darah akan